Kehidupan dan kerjaya Deanna_Yusoff

Dilahirkan pada 3 Januari 1967 di London, England,[2] Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris[3] dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba, yang mengurniakan beliau anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10, ia kemudian diikuti oleh watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92 (1993).

Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang dua watak iaitu Yasmin dan Zulaikha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[4][5] Deanna pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang, filem ini turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Harith Iskander, Sean Ghazi dan Allahyarham Ramli Hassan.[6]

Deanna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1995 menerusi album pertamanya Divide and Continue[2] dan lima tahun kemdian, beliau melancarkan album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.[7] Ia mengandungi sebanyak 13 lagu, dengan 10 daripadanya ditulis olehnya.[7] Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007.[8] Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).[2] Beliau kini menguruskan perniagaan jenama coklat dari Switzerland, Grandjean Freres.[9] Deanna memegang watak sebagai Cempaka Sulastri dalam filem seram Aku Haus Darahmu, yang ditayangkan pada 2 Februari 2017. Ia turut dibintangi oleh Nad Zainal dan Zoey Rahman.[10]

Rujukan

WikiPedia: Deanna_Yusoff http://www.deannayusoff.com/ http://www.imdb.com/name/nm0951133/ http://www.nationmultimedia.com/home/A-strong-disc... http://www.star2.com/travel/2016/04/30/what-does-a... http://www.ytlcommunity.com/common/printerfriendly... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...